Majlis Perkahwinan Di Kg Gual TOk Deh (PErkahwinan Sepupu)

November 19, 2008

img_4657

Acara melapah daging lembu untuk majlis perkahwinan di Kg Gual Tok Deh (perkahwinan sepupu)

img_4683

Majlis Khatam Al-Quran sebelum akad nikah dijalankan

img_47081

Kedatangan dif-dif jemputan, sanak saudara dan juga sahabat handai memeriahkan lagi majlis perkahwinan

img_4741

Wedding of the year…persandingan diantara Rushdan dan NOriana (sepupu)

yu

anis

Inilah hasilnya seorang baby yang comel.. (mak dia kata macam siti nurhaliza, betul ker?)

Menatap wajah ‘Masjid Beijing’

Oktober 30, 2008

Masjid Beijing di Rantau Panjang yang hampir siap. – Gambar

Dari jauh ia kelihatan bagaikan sebuah bangunan kuil atau istana lama di China jika pandangan tidak turut tersilau kepada menara yang tegak dengan kubah seakan-akan kopiah berlilit serban di pinggirnya.

Bangunan berbumbung hijau dan diselari dengan warna merah itu mencuri perhatian umum mereka yang menghala ke pekan Rantau Panjang atau yang baru memasuki negara ini melalui pintu sempadan.

Sememangnya juga keunikan wajah asing dalam suasana budaya setempat menimbulkan sekilas polemik dalam kalangan pelbagai pihak termasuk para ilmuwan, budayawan dan juga sebilangan mereka yang kritis dalam kesempurnaan seni bina.

Masjid yang pembinaannya dicetuskan oleh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sejak 1992, dianggarkan menelan kos RM9 juta kini hampir siap dan telah mula dibuka pada bulan Ramadan dengan seorang imam dari China diundang untuk mengimam solat tarawih.

Ia diberi gambaran awal sebagai masjid tiga budaya di mana selain budaya Cina sebagai terasnya, ia turut diselitkan sedikit dengan calitan budaya India dan Melayu di pinggirannya dengan lorekan simen di beranda di samping lakaran geometrik Asia Tengah di dalamannya.

Difahamkan masjid yang turut digelar Masjid Beijing dan terletak di tapak seluas 1.48 hektar, merujuk kepada reka bentuknya seperti kuil China pada zaman Dinasti Ming yang turut kedapatan di kuil di Kuala Lumpur.

Ia mampu memuat lebih 300 jemaah dalam satu masa di samping terdapat dewan pelbagai guna di bahagian bawahnya serta dikelilingi beberapa ruang yang difahamkan akan dijadikan pejabat, klinik, perpustakaan dan tadika.

Ada yang berpendapat, reka bentuk masjid ini suatu kecelaruan seni bina yang menyimpang dari segi tradisi, sejarah dan estetika dalam suatu zaman, budaya serta nilai kehidupan masyarakatnya.

Ia seakan-akan dilihat meminggirkan akar umbi tradisi Melayu yang berkait rapat dengan Islam.

Dari sudut sejarah dan tradisinya, masjid adalah jantung masyarakat yang mencerminkan gaya seni bina dan kehidupan setempat pada zamannya, sekali gus menggambarkan pemilikan oleh masyarakat sekitar.

Seperti Masjidil Aqsa di Palestin yang menyerupai bangunan keagamaan Byzantium yang terdapat di negara itu dalam nisbah yang hebat dan besar pada zamannya.

Begitu juga Masjid Biru di Istanbul, Turki adalah berdasarkan seni bina kristian yang memerintah sebelum itu dan dalam konteks negara, masjid lama di Melaka bercirikan seni bina masyarakat Cina di situ pada zaman awal.

Pada masa yang sama juga ia mengambil kira kesesuaian kejuruteraan setempat berteraskan budaya, iklim serta persekitaran di tengah-tengah masyarakat Islam Melayu tradisional. Justeru kewujudan masjid Rantau Panjang ini kelihatan janggal dan aneh.

‘‘Kalaulah masjid itu berada di penempatan masyarakat Cina, sesuai untuk kita raikan mereka dengan cara itu. Ia sebagai agak pelagic misalnya ada batu besar di tengah hamparan pasir di laut,” ujar seorang ahli akademik.

Ada yang berpendapat masjid seumpama itu dan sebilangan lagi yang telah dibangunkan di beberapa negeri seolah- olah mengimport seni binanya dari hikayat Seribu Satu Malam, terasing dari seni bina setempat dan terasing dari segi persekitaran.

Beliau menelah, ia mungkin dilihat sebagai salah satu projek untuk mencerminkan keterbukaan sikap kerajaan negeri terhadap bukan Islam dan juga bukan Melayu selain menjadi daya tarikan dari sudut pelancongan.

Menjawab persoalan dan kebimbangan itu bagi pihak kerajaan negeri, Setiausaha Politik Menteri Besar, Anual Bakhri Haron berkata, ia bagi memancarkan lagi bahawa Islam itu agama antarabangsa, justeru ia harus terasa dipunyai oleh seluruh komuniti tanpa mengira perbezaan bahasa, budaya dan keturunan.

Kerajaan negeri yakin bahawa dengan menampilkan suatu reka bentuk tri-culture dari tiga kelompok kaum yang paling dominan di Malaysia, ia akan lebih menghampirkan imej islam itu diyakini sebagai agama universal.

‘‘Memang mudah untuk mengulangi sebuah reka bentuk masjid Melayu yang sepenuhnya seperti masjid klasik Kampung Laut atau masjid berkubah ala Cordova tetapi tidakkah ini sesuatu lagi perulangan?

‘‘Ia tentunya sekadar ‘sebuah lagi masjid’. Dalam konteks pemikiran kreatis dan kritis, kerajaan negeri percaya bahawa pembaharuan dalam citra sangat-sangat dijajarkan.

Paradigma

‘‘Malah jika diikutkan kaedah pemikiran terkini, stereotyping adalah sudah yang mudah bahkan dikira sedikit ketinggalan. Dalam, hubungan ini kami lalu mencuba untuk menganjak paradigma.

‘‘Sekurang-kurangnya untuk kali ini, kami tidak mahu obses dengan tradisi sejarah dan estetika. Kami mahu bias kepada fungsi dan peranan,” ujarnya.

Selain aspek ketakwaan semasa mula membinanya, masjid harus mampu untuk membuat jangkauan atau capaian terhadap khalayak meliputi penduduk Islam dan bukan Islam.

Malah katanya, apa yang diperhatikan setakat ini masjid di seluruh negara, pada umumnya masih lemah dalam memainkan peranan ini.

‘‘Mungkin masjid kita terlalu representatif dan menjurus kepada orang Melayu. Apakah keterlaluan jika kami proaktif membuat percubaan melahirkan satu masjid berwajah majmuk.

‘‘Insya Allah, ia akan membuka gelanggang dakwah yang lebih luas dan diharap masjid ini menjadi mesra masyarakat,” ujarnya.

Pendekatan seni bina yang pelbagai wajah hasil kesatuan tiga nilai, tiga reka bentuk, tiga budaya dan cabang seni ini tentunya menarik dan unik untuk didekati.

Beliau yakin, aktiviti ceramah dan tazkirah akan lebih mudah mengundang bukan Islam kerana faktor menipisnya alergi, prejudis dan rasa segan.

‘‘Ini adalah proses kemasyarakatan dan kita akan membina proses ini dan menyemai benih perpaduan yang akan lebih mengukuhkan integrasi nasional.

‘‘Kebudayaan memang manifestasi keseluruhan cara hidup yang merangkumi cara bertindak, kelakuan dan fikiran berupa kebendaan dan kerohanian sesuatu masyarakat dan seni bina pula adalah salah satu pencapaian manusia yang mencerminkan budaya sezaman.

‘‘Tetapi apalah salahnya sekali sekali kita cuba lari dari definasi klasik.

Bahkan melalui seni bina yang dicuba di masjid Rantau Panjang ini adalah untuk membuktikan sebuah kemajuan pemikiran, ilmu, kebudayaan dan teknologi.

Ia dikatakan dapat menggambarkan ketamadunan sesuatu masyarakat yang dinamik dan bersepadu atau sememangnya ia cerminan budaya masyarakat kita zaman ini yang penuh dengan kecelaruan.

kata admin:

Teringat masa naik bas lalu tepi masjid, warga Thailand ckp “dah nak siap dah ketik(kuil)”

Sempadan Malaysia-Thailand

Oktober 29, 2008

Sungai Golok yang menjadi sempadan Malaysia-Thailand

Sempadan Malaysia-Thailand adalah sempadan antarabangsa yang memisahkan Malaysia dan Thailand yang merentaasi Kuala Perlis, Perlis di barat ke muara Sungai Golok di Pengkalan Kubur, Kelantan di timur. Sempadan ini wujud semenjak tahun 1909, berikutan Perjanjian Inggeris-Siam 1909. Di sempadan, terdapat barriers yang dibina oleh Malaysia dalam 1970-an, untuk mencegah penyeludupan.

Semasa Darurat Malaya dan perang dengan Komunis sehingga 1970-an, pemberontak komunis biasanya menyeberang masuk ke Thailand, balik semula ke Malaya (dan akhirnya Malaysia) untuk mengelakkan penangkapan oleh Malaya dan tentera the Komenwel.

Terdapat empat negeri yang bersempadan dengan Thailand. Daripada barat ke timur, mereka adalah Perlis, Kedah, Perak dan Kelantan. Di sebelah Thailand pula terdapat empat wilayah iaitu daripada barat ke timur, mereka adalah Satun, Songkhla, Yala dan Narathiwat.

sumber : wikepedia

Rantau Panjang

Oktober 29, 2008

Blog ini akan menceritakan tentang suasana pembangunan, ekonomi, politik, sosial dan sebagainya tentang kawasan Rantau Panjang yang memang terkenal dengan barangan yang murah. Rantau Panjang juga di ibaratkan sebagai syurga membeli-belah bagi penduduk luar Kelantan mahupun penduduk di sekitar Rantau Panjang. Pelbagai barangan yang kita inginkan semuanya boleh dikatakan terdapat di pekan Rantau Panjang dan juga harga barangan yang berpatutan lagi murah. Di samping itu juga, pelbagai gambar yang menarik akan di muatkan dalam blog ini..selamat menikmati keindahan suasana Rantau Panjang yang penuh dengan suka-duka kehidupan masyarakat Kelantan.’JOM KE RANTAU PA NJANG “SYURGA MEMBELI BELAH ANDA’

Tentang Rantau Panjang

Oktober 28, 2008

PENGENALAN.

1.1. Bandar Rantau Panjang adalah terletak bersempadan dengan Sungai Golok, Thailand merupakan pintu keluar – masuk dan pusat membeli belah yang utama di Jajahan Pasir Mas khususnya dan Negeri Kelantan amnya. Ianya boleh dihubungi melalui laluan keretapi dan Jalan Pasir Mas – Rantau Panjang sejauh 25 km dan 40 km dari Kota Bharu.

1.2. Dalam aspek perkembangan ekonomi, wujudnya pertalian yang kukuh antara Rantau Panjang dengan bandar-bandar di Selatan Thailand terutama dalam sektor perniagaan dan perkhidmatan dimana Rantau Panjang dapat meraih faedah langsung daripada aktiviti tersebut. Kedudukan dan peranannya sebagai ‘transit point’ ke negara jiran menyemarakkan lagi sektor pelancongan untuk berkembang pesat.

2. PENUBUHAN MAJLIS TEMPATAN RANTAU PANJANG.

2.1. Majlis Tempatan Rantau Panjang telah ditubuhkan pada pertengahan tahun 1970 an yang meliputi kawasan pekan Rantau Panjang dan sekitarnya dengan lingkungan 37.6 km persegi. Pada 1 hb. Januari 1979 berikutan penyusunan semula Penguasa Tempatan, pentadbiran Majlis Tempatan Rantau Panjang disatukan dibawah Majlis Daerah Pasir Mas. Kawasan majlis tempatan ini dikenali sebagai kawasan Majlis Daerah Pasir Mas Cawangan Rantau Panjang.

3. GEOGRAFI.

3.1. Secara keseluruhannya mukabumi Rantau Panjang adalah mendatar dengan paras ketinggian antara 5 m – 10 m dari aras laut. Mukabumi seumpama ini sesuai untuk menampung sebarang pembinaan dengan kos pembangunan tanah yang minima. Tetapi dari sudut lain, ianya sering ditenggelami banjir akibat limpahan daripada air Sungai Golok. Akibat pembangunan tanah berlaku penambakan (filling) bagi meninggikan tapak untuk mengelak daripada ditenggelami air.

3.2. Pecahan guna tanah adalah sebagaimana berikut:-

Kawasan Km2

Bandar 37.6

Pertanian 1,426.5

Paya 527.1

Terbiar 304.8

Rezab 95.6

———-

Jumlah 2,391.6

———-

4. PENDUDUK

4.1. Mengikut bancian tahun 1991, penduduk Rantau Panjang adalah seramai 8,436 orang yang mana hampir 94% adalah Melayu. Kadar pertumbuhan tahunan adalah 2.6 % dan dijangkakan pada tahun 2010 akan meningkat kepada 13,752 orang.

4.2. Pola penduduk adalah bertumpu di kawasan bandar dan sekitarnya.

Hello world!

Oktober 24, 2008

WELCOME TO http://sempadan.wordpress.com

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.