Tentang Rantau Panjang

PENGENALAN.

1.1. Bandar Rantau Panjang adalah terletak bersempadan dengan Sungai Golok, Thailand merupakan pintu keluar – masuk dan pusat membeli belah yang utama di Jajahan Pasir Mas khususnya dan Negeri Kelantan amnya. Ianya boleh dihubungi melalui laluan keretapi dan Jalan Pasir Mas – Rantau Panjang sejauh 25 km dan 40 km dari Kota Bharu.

1.2. Dalam aspek perkembangan ekonomi, wujudnya pertalian yang kukuh antara Rantau Panjang dengan bandar-bandar di Selatan Thailand terutama dalam sektor perniagaan dan perkhidmatan dimana Rantau Panjang dapat meraih faedah langsung daripada aktiviti tersebut. Kedudukan dan peranannya sebagai ‘transit point’ ke negara jiran menyemarakkan lagi sektor pelancongan untuk berkembang pesat.

2. PENUBUHAN MAJLIS TEMPATAN RANTAU PANJANG.

2.1. Majlis Tempatan Rantau Panjang telah ditubuhkan pada pertengahan tahun 1970 an yang meliputi kawasan pekan Rantau Panjang dan sekitarnya dengan lingkungan 37.6 km persegi. Pada 1 hb. Januari 1979 berikutan penyusunan semula Penguasa Tempatan, pentadbiran Majlis Tempatan Rantau Panjang disatukan dibawah Majlis Daerah Pasir Mas. Kawasan majlis tempatan ini dikenali sebagai kawasan Majlis Daerah Pasir Mas Cawangan Rantau Panjang.

3. GEOGRAFI.

3.1. Secara keseluruhannya mukabumi Rantau Panjang adalah mendatar dengan paras ketinggian antara 5 m – 10 m dari aras laut. Mukabumi seumpama ini sesuai untuk menampung sebarang pembinaan dengan kos pembangunan tanah yang minima. Tetapi dari sudut lain, ianya sering ditenggelami banjir akibat limpahan daripada air Sungai Golok. Akibat pembangunan tanah berlaku penambakan (filling) bagi meninggikan tapak untuk mengelak daripada ditenggelami air.

3.2. Pecahan guna tanah adalah sebagaimana berikut:-

Kawasan Km2

Bandar 37.6

Pertanian 1,426.5

Paya 527.1

Terbiar 304.8

Rezab 95.6

———-

Jumlah 2,391.6

———-

4. PENDUDUK

4.1. Mengikut bancian tahun 1991, penduduk Rantau Panjang adalah seramai 8,436 orang yang mana hampir 94% adalah Melayu. Kadar pertumbuhan tahunan adalah 2.6 % dan dijangkakan pada tahun 2010 akan meningkat kepada 13,752 orang.

4.2. Pola penduduk adalah bertumpu di kawasan bandar dan sekitarnya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: