Ekonomi

Makcik yang sedang menjual buah-buahan

Kebanyakan penduduk di kawasan Rantau panjang menjalankan aktiviti perniagaan kecil-kecilan seperti menjual buah, pakaian, makanan dan sebagainya. Selain itu juga, penduduk di Rantau Panjang juga bekerja sebagai penoreh getah, petani (sawah padi, sayur-sayuran) dan juga penternak haiwan(lembu, ayam, itik, kambing, biri-biri). Petani yang menjalankan kegiatan perniagaan, biasanya terdiri daripada golongan wanita yang dikenali sebagai “tok peraih”. Mereka mendapat bekalan untuk berniaga ialah di selatan Thailand iatu pekan Golok. Biasanya peniaga-peniaga ini akan keluar daripada rumah selepas solat subuh untuk mendapatkan bekalan barangan untuk di jual di Pekan Rantau Panjang dan juga di kawasan-kawasan kampung. Selain itu juga, ada juga peniaga yang menggunakan kenderaan seperti motor dan kereta untuk menjaja barangan seperti ikan, ayam, sayur-sayuran di sektar kampung di kawasan Rantau Panjang.

Bagi yang menjalankan kegiatan pertanian, biasanya penduduk kampung di sekitar Rantau Panjang akan keluar dari rumah selepas pergi menoreh getah selepas waktu subuh. Selepas menoreh getah, mereka akan pulang dulu ke rumah untuk makan sarapan pagi yang di panggil nasi berlauk. selepas kenyang mengisi perut, barulah mereka akan keluar ke bendang untuk menjalankan kegiatan pertanian.

Begitulah secara ringkas kegiatan ekonomi penduduk di kawasan Rantau Panjang.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: